Adat Cukur Jambul




Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan seperti sebuah dulang berisi tiga mangkuk/piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit & manisan.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang & digantikan dengan sedikit air sejuk. Kesemua rambut bayi yang di cukur akan dimasukkan ke dalam kelapa tersebut. Kelapa ini akan ditanam disekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa /seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ketujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut & adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

No comments:

Post a Comment